fbpx

Artis veteran dibantu JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Prihatin dengan kehidupan artis veteran di negara ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan sekali gus meringankan perbelanjaan golongan terbabit terutama dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun pada program penyerahan bantuan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

Artis veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 72, berkata, dia bersyukur dengan sumbangan yang diterima itu dan menyifatkan ia penghargaan kepada golongan artis veteran sepertinya.

“Apabila dimaklumkan mengenai program bantuan ini, saya berasa gembira kerana ada sumbangan diberikan untuk artis veteran. Syukur kepada Allah atas bantuan ini dan saya menghargainya.

“Saya bersyukur kerana pada zaman sekarang ini, artis veteran dihargai ditambah ada pemberian bantuan dan kemudahan, tidak seperti dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mak Jah berkata, dia juga bersyukur ramai pihak termasuk rakan yang prihatin dengan kehidupannya selain menerima bantuan bulanan RM350 daripada Baitulmal.

Malah, penyakit kanser rahim tahap satu yang disahkan beberapa tahun lalu juga semakin pulih namun, masih perlu bertemu doktor berhubung perkembangan kesihatannya.

“Saya juga kembali menjalani penggambaran pada tahun ini membabitkan tiga drama di bawah Fadzil Teh atau Haji Zeel (Zeel Production Sdn. Bhd.) dengan satu drama iaitu Lelaki Lingkungan Cinta sudah habis ditayangkan.

“Beliau (Haji Zeel) memberi kepercayaan kepada saya dan percaya saya boleh buat. Untuk syarikat production lain belum ada lagi,” katanya.

Seorang lagi penghibur era 1960-an, Datuk Jeffrydin, 72, ketika ditemui turut melahirkan rasa syukur berhubung program bantuan tersebut bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam kalangan artis veteran.

“Waktu pandemik Covid-19 ini memanglah saya juga terkesan kerana semua program dibatalkan. Sepatutnya saya perlu ke Sarawak untuk menyertai satu program tetapi ia juga terpaksa dibatalkan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI