fbpx

Remaja dinoda kenalan WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes rogol remaja berusia 17 tahun direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Gara-gara terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang baru sebulan dikenali melalui aplikasi WhatsApp, seorang pelajar berusia 17 tahun dinoda sehingga mengandung.

Rahsia itu terbongkar apabila guru remaja perempuan terbabit memaklumkan tentang perkara tersebut kepada ibu mangsa kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Guru itu kemudian menasihatkan keluarga mangsa membuat laporan polis.

Susulan itu, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengesahkan mangsa mengandung lapan bulan.

Remaja yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik mula mengenali suspek berusia 20 tahun pada Oktober tahun lalu.

Suspek didakwa membawa mangsa ke hutan berhampiran rumahnya di Kampung Padang Katong di sini untuk melakukan hubungan seks pada November tahun lalu.

Mereka melakukan perbuatan tersebut sehingga Januari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, polis bertindak menahan suspek pada petang hari yang sama di kediamannya di Kampung Padang Katong.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI