fbpx

Pasar Awam Banting ditutup 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Pasar Awam Banting di sini ditutup sementara selama 10 hari bermula hari ini.

Penutupan bermula pukul 1 tengah hari itu menerusi notis yang ditampal di pasar awam itu mengikut Seksyen 18 (1)(d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Difahamkan terdapat peniaga di kawasan tersebut disyaki positif Covid-19 dan saringan akan dilakukan terhadap kesemua peniaga di situ.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja semburan sanitasi awam akan dijalankan sepanjang tempoh penutupan premis tersebut.

Katanya, ia akan diseliakan dibawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran, MPKL dan Pejabat Kesihatan daerah Kuala Langat bagi memastikan sanitasi awam tersebut
dilaksanakan mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang disarankan oleh KKM.

“Orang awam diseru supaya bersabar dan memberikan kerjasama yang sebaiknya serta patuh kepada SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI