fbpx

‘Harap kali ini perempuan’ – Jihan Muse hamil anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jihan dan suami tidak menyangka mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pengacara Jihan Muse berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak ketiga.

Perkara tersebut didedahkan suaminya, Ungku Hariz dengan memuat naik hantaran video membuat kejutan kepada ahli keluarga mereka tentang berita kehamilan isterinya itu.

“Berita yang tak dijangka dan reaksi yang tidak disangka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerusi video itu, rata-rata ahli keluarga mereka berdua terkejut dan teruja bakal menyambut ahli keluarga baharu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Jihan dan suami tidak berkongsi butiran lanjut mengenai usia kandungannya.

Rata-rata peminat mendoakan urusan proses kehamilan dipermudahkan selain berharap pemilik nama lengkap Nur Jihan Musa, 40, memiliki cahaya mata perempuan kali ini.

“Alhamdulillah, semoga dapat bayi perempuan selepas ini dan segala urusan dipermudahkan. Insya-Allah,” kata peminat.

“Dah agak Jihan mengandung semasa tengok video Zara Zya sebelum ini,” ujar pengikut.

“Comel tengok reaksi seorang demi seorang. Tahniah Jihan dan Ungku,” tutur netizen.

Jihan dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6, dan Ungku ltamis Barr, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI