SEBERANG PERAI – Dua ekor monyet mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Taman Rimba, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam di sini semalam.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah pencawang elektrik pada pukul 2.20 petang.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kebakaran itu berlaku dan terdapat dua ekor monyet yang mati terkena renjatan elektrik.
“Bomba telah membuat kerja pemadaman dan mengeluarkan bangkai monyet tersebut sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan taman rekreasi itu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Operasi itu dijalankan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – K! ONLINE