fbpx

‘Saya tak dengar apa-apa pasal rombakan Kabinet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan akan berlaku rombakan Kabinet membabitkan Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.

Kata Perdana Menteri, beliau sendiri baru sahaja dimaklumkan tentang laporan rombakan Kabinet itu oleh sebuah portal berita.

“Saya baru saya diberitahu. Macam mana saya tak dengar lagi? Siapa nak tolong “reshuffle”tu? Saya tak dengar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebuah portal berita yang mendakwa memetik sumber PKR melaporkan, seorang menteri daripada parti itu mungkin digugurkan, manakala seorang menteri besar akan menjawat jawatan Kabinet.

Ketika ditanya dakwaan seorang menteri besar akan dilantik menganggotai jemaah menteri, Anwar berkata, perkara itu mungkin direalisasikan selepas Pilihan Raya Umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI