fbpx

Jengkaut kena hanyut air laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH jengkaut ditenggelami air laut di Aberaeron, - Foto Caters

LONDON – Sebuah jengkaut seberat 90 tan yang terbiar di tepi pantai akibat kerosakan mekanikal dihanyutkan air laut, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Jengkaut bernilai £500,000 (RM2.81 juta) itu digunakan untuk kerja-kerja melindungi pantai daripada terhakis di Aberaeron, Ceredigion.

Usaha-usaha bagi membaiki jengkaut itu dimulakan sebelum air pasang.

Namun, selepas menyedari bahawa keroskan itu tidak dapat dibaiki tepat pada masanya, beberapa pekerja cuba menghentikan kebocoran minyak ke dalam air.

Jengkaut itu bagaimanapun tenggelam apabila air pasang.

Jentera berat itu digunakan untuk membantu membina tebatan banjir bernilai £32 juta (RM180.35 juta) di bandar itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI