fbpx

Olimpik Paris: Shah Firdaus melangkah ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH Firdaus berjaya ke separuh akhir acara keirin Olimpik Paris 2024. -Foto: MOM

KUALA LUMPUR – Harapan pemburuan pingat emas pertama negara terus menyala apabila pelumba berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir acara keirin sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines tersebut, Shah Firdaus yang digelar The Terminator itu menyerlahkan potensi sebenarnya dengan kayuhan cukup baik ketika memulakan pertarungan suku akhir dengan menamatkan saingan tempat ketiga terpantas heat pertama tersebut.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali, Jack Carlin dari Great Britain menjuarai heat pertama dan diikuti Matthew Glaetzer (Australia) tempat kedua.

Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Kaiya Ota dari Jepun melengkapkan pelumba keempat untuk mara ke pentas separuh akhir yang berlangsung pada 6.29 petang ini nanti. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI