AKTRES Blake Lively mencuri perhatian khalayak apabila dia muncul dengan busana sama yang pernah digayakan Britney Spears lebih 20 tahun lalu.
Lively muncul dengan penampilan memukau tersebut ketika hadir ke acara tayangan perdana filem It Ends With Us.
Kata Lively, 36, dia memilih untuk mengenakan gaun rona campuran merah jambu dan kuning itu kerana tertarik dengan makna di sebalik baju itu.
“Bagi kami generasi milenial sangat meminati Spears. Anda adalah idola yang bersinar dan menjadi inspirasi serta kebanggaan,” katanya
Gaun Versace koleksi tahun 2002 itu dianggarkan bernilai AS$10,000 (RM44,741).