fbpx

Zaiton ditemui tidak bernyawa di rumpun pokok pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT Zaiton yang hilang sejak lima hari lalu ditemui di rumpun pokok pisang berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Panjang, Jementah, Segamat, pagi ini.

SEGAMAT – Misteri kehilangan seorang wanita warga emas orang kelainan upaya (OKU) sejak 7 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di rumpun pokok pisang berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Panjang, Jementah, Segamat pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait, pihak polis menerima maklumat dari waris mangsa mengenai penemuan satu mayat berhampiran rumpun pokok pisang pada kira-kira pukul 10.15 pagi ini.

“Mayat mangsa, Zaiton Hamzah yang berusia 60 tahun itu ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya dalam keadaan lengkap berpakaian.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang beberapa jam yang lalu. Hasil siasatan awal mendapati tiada kesan gigitan binatang buas atau calar ditubuh badan mayat mangsa,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Panjang, Jementah, di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pada 7 Ogos lalu, mangsa kali terakhir dilihat keluar daripada rumah pada pukul 4.30 petang untuk mengambil angin di halaman rumahnya di Kampung Permatang Panjang, Jementah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI