PETALING JAYA – Menghargai bakat besar yang dimiliki Datuk M. Nasir, penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw menyifatkan penghibur berusia 67 tahun itu sebagai berlian negara.
Kata Melly, 50, dia sangat mengagumi kebolehan M. Nasir yang difahamkan sudah menghasilkan ribuan buah lagu di samping gaya penulisanirik yang mempunyai makna mendalam.
“Setiap bangsa memiliki berlian, dan berlian merupakan harta karun sesebuah bangsa. Datuk M.Nasir adalah satu satu harta karun Malaysia.
Saya sangat suka dengan gaya penulisannya, puitis, tetapi ada jelas kepada maksudnya. Banyak lirik yang mempunyai maksud mendalam.
“Di usia 67 tahun, beliau tidak pernah merasakan diri sebagai sneior dan seniman besar,” tulisnya di ruangan kapsyen dalam Instagram hari ini.
Melly yang hadir ke konsert Dato’ M.N45ir Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam bagaimanapun meluahkan rasa sedikit terkilan apabila tidak berpeluang mendengar lagu kegemarannya, Isabella.
Semalam saya menantikan lagu Isabella iaitu salah satu lagu yang besar di Indonesia diciptakan beliau dan dinyanyikan oleh (Datuk) Amy Search.
“Lagu itu tidak dibawakan. Saya mula berfikir, hanya seniman besar yang mampu melakukan itu apabila tidak perlu membawakan semua lagu hit dinyanyikan dalam konsert. M. Nasir telah mengajar saya bahawa karisma mengalahkan segalanya,” katanya.
Pada masa sama, Melly gembira apabila lagu kegemarannya Suatu Masa dipersembahkan dalam konsert tersebut.
Semalam konsert Dato’ M. N45ir Cipta telah menghimpunkan lebih 8,000 penonton termasuk kehadiran tetamu istimewa, Perdana Meteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pada konsert itu juga M. Nasir turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menter yang ke-77 semalam. – KOSMO! ONLINE