fbpx

Persekitaran semua sekolah perlu sentiasa baik, terurus – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan yang mewakili Perdana Menteri ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri komited memastikan persekitaran setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus.

Menerui satu perkongsian di laman Facebooknya hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran.

“Insya-Allah, saya akan terus pastikan persekitaraan di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi meninjau keadaan fasiliti di sekitar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Jelasnya, Farhan telah mewakili beliau bagi melakukan sesi ziarah kebajikan di sekitar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

“Saudara Farhan turut beramah mesra bersama ibu bapa, para guru dan pelajar SHAKS,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI