fbpx

Zaiton ‘ghaib’ berkaki ayam ketika bersiar waktu petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIDI menunjukkan gambar kakaknya, Zaiton yang dilaporkan sejak 7 Ogos lalu di kediaman mereka di Kampung Permatang Panjang, Jementah, Segamat.

SEGAMAT – Pihak keluarga warga emas wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) yang hilang sejak 7 Ogos meminta bantuan orang ramai bagi mengesan keberadaan wanita itu yang dikatakan hilang tanpa khabar sejak empat hari lalu.

Menurut adik mangsa, Zaidi Hamzah, 57, Zaiton Hamzah, 60, disedari hilang kira-kira pukul 4.30 petang hari kejadian selepas dilihat berada di halaman rumah di Kampung Permatang Panjang, Jementah, Segamat.

“Dia keluar ke halaman rumah dengan tidak memakai tudung, berkaki ayam dan sehelai sepinggang. Pakaian terakhir yang dipakainya adalah baju T-shirt kelabu dan berkain batik biru,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Panjang, di sini hari ini.

Ujarnya, sejak hari kehilangan Zaiton, mereka sekeluarga tidak pernah putus asa mencarinya termasuk di sekitar tempat awam di Segamat, Jementah dan Muar, selain pemeriksaan nama di hospital.

Menurutnya, sebelum ini, kakaknya sudah beberapa kali hilang namun berjaya ditemui kerana membawa kad pengenalan bersama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Zaiton di minta menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Mejar Siti Hajar Musap (Ketua Polis Balai Jementah) di talian 07-9471222 atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di talian 07-9312222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI