fbpx

MIC kecewa layanan diterima dalam gabungan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vigneswaran (depan, tiga dari kanan) dan Saravanan (depan, dua dari kanan) hadir ke Konvensyen MIC Perak di Sungai Siput, Perak hari ini

SUNGAI SIPUT – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan meluahkan kekecewaan berhubung layanan yang diberikan terhadap partinya di dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa kepimpinan BN gagal membela parti-parti komponen seperti MIC dan keadaan itu tidak seperti Pakatan Harapan (PH) yang berusaha menjaga kepentingan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

“Saya tak lihat pendekatan atau semangat yang sama daripada kepimpinan BN. Kita lihat kepimpinan BN gagal membela nasib parti-parti komponen,” katanya kepada pemberita semasa Konvensyen MIC Perak di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Presiden parti, Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Kekecewaan itu juga diluahkan beliau kerana melihat MIC selaku parti berstatus kebangsaan yang turut memperjuangkan Kemerdekaan, diberi layanan tidak setimpal dan membandingkan dengan satu lagi komponen BN yang berpusat di Sabah, iaitu PBRS serta UMNO.

Pemimpin MIC itu bagaimanapun berkata, partinya masih ikhlas untuk kekal bersama BN dan tidak mahu menjejaskan semangat gabungan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI