fbpx

Olimpik Paris: Akhirnya menang pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHARDSON bangkit menebus kekecewaan selepas terdahulu meraih perak apabila tewas kepada Alfred pada final 100m. - AFP

PARIS – Ratu pecut Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas membantu pasukannya memenangi acara 4×100 meter (m) lari berganti-ganti wanita.

Pada aksi final di Stade de France awal pagi semalam, Richardson yang merupakan pelari terakhir memastikan AS yang turut diwakili Gabby Thomas, Melissa Jefferson dan Twanisha Terry merakam masa 41.78 saat (s), menewaskan Great Britain (41.85s) dan Jerman (41.97s).

Pingat emas yang diraih sekali gus mengubat kekecewaan Richardson ketika dia sekadar memenangi pingat perak dalam acara 100m wanita meskipun turun dengan status sebagai pelari No. 1 dunia.

“Ketika saya sedar kami memenangi pingat emas, ia satu perasaan yang cukup menakjubkan. Saya sudah memberikan segala-galanya ketika melakukan larian kerana pingat emas ini cukup penting untuk kami.

RICHARDSON (dari kanan), Gabby, Terry dan Jefferson meraih emas 4x100m menewaskan Great Britain dan Jerman di final pagi semalam. – AFP

“Saya sangat gembira dan selesa berada dalam pasukan ini. Saya memberi sepenuh kepercayaan terhadap rakan sepasukan kerana harapan saya untuk meninggalkan trek dengan aksi terbaik,” katanya.

Terdahulu, pada aksi final 100m wanita yang berlangsung 4 Ogos lalu, pelari berusia 24 tahun itu memenangi pingat perak menerusi catatan masa 10.87s, tewas kepada atlet Saint Lucia, Julien Alfred (10.72s) yang meraih emas.

Kekalahan itu sekali gus mencalarkan rekod Richardson yang merupakan juara dunia, namun kemenangan diraih dalam acara 4x100m sedikit sebanyak dapat menebus kekecewaan tersebut.

Emas 4x100m lelaki pula menjadi milik kuartet Kanada dibarisi Andre De Grasse, Brendon Rodney, Jerome Blake dan Aaron Brown menerusi catatan 37.50s, menewaskan Afrika Selatan di tempat kedua (37.57s) dan Great Britain yang memenangi gangsa (37.61s). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI