fbpx

Gadis meninggal dunia selepas minum air coklat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Jacobs. - Getty Images

LONDON – Seorang gadis berusia 13 tahun di London meninggal dunia selepas mengalami alahan teruk, dipercayai berpunca daripada minuman coklat panas yang dibeli oleh ibunya, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Mangsa yang  bernama Hannah Jacobs, mempunyai alahan terhadap produk tenusu, ikan dan telur sejak dari kecil lagi. 

Menurut firma undang-undang Leigh Day, kejadian berlaku apabila Hannah menikmati minuman yang dibeli dari ibunya, sementara menunggu temu janji dengan doktor di sebuah klinik pergigian. 

“Ibu mangsa telah memberitahu barista terbabit tentang masalah alahan produk tenusu anak perempuannya,” kata firma undang-undang Leigh Day. 

Mereka kemudian pergi ke farmasi berdekatan untuk mendapatkan bantuan dan memberi mangsa suntikan EpiPen.

“Mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian, disyaki berpunca daripada reaksi anafilaksis,” tambah firma guaman sama. 

Kru ambulans mengesahkan Hannah meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).

Inkues diadakan di Mahkamah Koroner London Timur pada Isnin lalu dan memanggil 11 saksi termasuk pakar, untuk menyiasat  kematian pelajar terbabit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI