fbpx

Konon petanda buruk lepas piramid purba runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUNTUHAN di sebuah piramid purba di Ihuatzio. - Foto Newsflash

BANDAR RAYA MEXICO – Sebahagian piramid yang digunakan oleh bangsa purba untuk pengorbanan manusia runtuh di Ihuatzio, negeri Michoacan yang dikatakan kononnya memberi petanda tragedi akan berlaku, lapor portal berita The Sun semalam.

Keturunan puak pribumi yang membina piramid itu bimbang bencana alam besar akan berlaku selepas ribut dahsyat memusnahkan sebahagian binaan tersebut.

Gambar menunjukkan struktur itu sebahagiannya runtuh selepas hujan lebat pada 30 Julai lalu.

Piramid itu dibina oleh nenek moyang kaum Purepecha moden iaitu  puak dahagakan darah yang pernah mengalahkan bangsa Aztec.

Seorang peduduk berketurunan Purepecha, Tariakuiri Alvarez berkata, ribut itu mungkin menunjukkan azab yang akan berlaku, berdasarkan kepercayaan masyarakat mereka.

Dia berkata: “Bagi nenek moyang kami, ini adalah petanda buruk yang menunjukkan semakin dekatnya peristiwa penting yang akan berlaku.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI