fbpx

Kadar pemberhentian pekerja di Pahang menurun 25 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBAHAN (kiri) ketika mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (tengah) ketika menyampaikan replika cek faedah pencen ilat sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs Kuala Lipis 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis di Lipis, hari ini.

LIPIS – Seramai 474 pekerja diberhentikan di negeri Pahang dari Januari hingga 26 Julai tahun ini berdasarkan kepada rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, jumlah berkenaan dilihat menurun sebanyak 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Berdasarkan jumlah pemberhentian tersebut, Perkeso telah melunaskan bayaran faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) berjumlah RM1.8 juta kepada 380 pekerja demi memastikan kelangsungan hidup mereka sementara mencari sumber pendapatan baharu.

“Sebagai penyedia perlindungan keselamatan sosial yang holistik, selain penganjuran karnival kerjaya, Perkeso turut melaksanakan pemberian faedah kepada pekerja yang terjejas dalam pemberhentian pekerja secara besar-besaran hasil daripada perlaksanaan intervensi awal,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs Kuala Lipis 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis di sini, hari ini.

Menurutnya, selain penyaluran faedah EMP kepada pekerja yang terjejas, Perkeso juga mengambil langkah proaktif dengan menjalankan intervensi awal seperti penyampaian taklimat faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan temuduga awal sebelum tarikh pemberhentian di premis majikan.

“Pekerja terjejas juga ditawarkan program peningkatan kemahiran untuk meningkatkan keboleh pasaran diri.

“Usaha ini sekali gus membuktikan keberkesanan program intervensi yang dilakukan Perkeso menerusi SIP,”ujarnya.

Dalam pada itu, Subahan berkata, penganjuran Karnival Kerjaya di Pahang merupakan antara usaha Perkeso untuk membantu individu yang kehilangan pekerjaan mahupun menganggur mendapatkan sumber pendapatan melalui peluang pekerjaan yang
ditawarkan oleh majikan.

“Turut dibawakan ialah rakan kerjasama strategik antara Perkeso dan hab usawahan negeri Pahang serta Pusat Kutipan Zakat Pahang untuk memberi penekanan di dalam aspek “Coaching Akaun, Cukai & Zakat Perniagaan” kepada 150 usahawan Lipis dan penerangan caruman berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Kita juga menyeru rakyat Negeri Pahang yang masih mencari kerjaya untuk hadir ke temu duga secara ‘walk-in’ yang disediakan Perkeso di Pejabat Perkeso Negeri, Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang dan Pusat Komuniti Desa (PKD) di daerah-daerah Negeri Pahang,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI