PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda 10 negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Perlis.
“Manakala di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling.
“Di Perak, pula keadaan cuaca sama dijangka melanda kawasan Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim,” lapor MetMalaysia.
Dalam laporan yang sama, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di jangka melanda Kelantan (Jeli) dan Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu).
“Cuaca buruk itu turut melanda Pahang (Raub dan Bentong) dan Selangor (Hulu Selangor).
“Di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Port Dickson, Rembau dan Tampin,” kata laporan itu.
Sementara itu, seluruh Melaka berdepan cuaca buruk begitu juga di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Sarawak pula melibatkan kawasan Sarikei dan Meradong, Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah,” katanya.- KOSMO! ONLINE