fbpx

‘Handsome’ kalau tak beri nafkah, tak guna juga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Riz.

PETALING JAYA – Dalam kehidupan berumah tangga, menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan kelengkapan asas kepada isteri dan anak-anaknya termasuklah tempat tinggal, makan minum serta pakaian.

Menurut pendakwah selebriti, Haris Ismail, seseorang suami wajib memberi nafkah terhadap isteri dan anak-anak meskipun pasangannya itu mempunyai kerjaya dan duit poket sendiri.

“Nanti bila sudah kahwin, yang datang lebih besar adalah tanggungjawab. Yang datang lebih besar adalah nafkah yang perlu diberikan. Handsome kalau tak beri nafkah, tak guna juga,” katanya dalam satu sesi ceramah baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau yang mesra disapa sebagai PU Riz turut mengingatkan golongan lelaki agar menyediakan tempat tinggal sebagai keperluan utama sebelum berkahwin supaya bakal isteri dapat keselesaan dalam berumah tangga.

“Kepada orang lelaki, apa yang sepatutnya dibuat sebelum kahwin? Nabi kata, ‘wahai lelaki, sebelum kahwin perlu sediakan tempat tinggal’. Tidak kira sewa atau beli, mesti sediakan tempat tinggal.

“Perkara ini juga ada ulama kata wajib dan ada sunnah kata mesti dibuat,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, Allah SWT murka dengan golongan lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

“Sebab itu, zaman sekarang ada lelaki yang kahwin dengan isteri kaya kemudian dia kata ‘i’m so happy, living in the house (saya sangat gembira tinggal dalam rumah ini) tak perlu bayar apa-apa, hidup senang’, tetapi itulah kemurkaan Allah SWT.

“Sebab tak faham apa yang disuruh Allah SWT. Bila tak bahagia kemudian barulah nak persoal, sedangkan perkara yang pertama pun tidak dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI