fbpx

Wanita palsukan sijil kematian untuk dapatkan cuti ihsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah mahkamah di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA  – Seorang wanita didakwa di sebuah mahkamah semalam kerana menggunakan sijil kematian palsu untuk mendapatkan cuti ihsan, lapor portal berita Channel News Asia.

Wanita China bernama Su Qin, 37, itu merupakan  pemastautin tetap di Singapura. Dia turut  didakwa memalsukan sijil sakit (MC) untuk mendapatkan cuti sakit.

Menurut kertas pertuduhan, Su menyerahkan MC elektronik palsu kepada syarikatnya pada 1 April lalu.

Dokumen  bertarikh 31 Mac lalu itu  didakwa dipalsukan di sebuah flat di Jalan Bukit Batok 11.

Dia didakwa menyerahkan satu lagi MC elektronik palsu dari hospital  sama bertarikh 5 April lalu kepada syarikatnya pada 8 April lepas.

Bagi kesalahan pemalsuan, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jika didapati bersalah kerana  sengaja menggunakan sijil kematian palsu, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$10,000 (RM33,406) atau kedua-duanya sekali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI