fbpx

Emak-emak kalau anak memanjat jangan marah, nanti dapat emas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan diraih Veddriq memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk menyokong minat anak-anak yang suka memanjat.

PETALING JAYA – “Emak-emak kalau anak memanjat jangan marah, nanti dapat emas Olimpik”.

Demikian antara nasihat pengguna TikTok @Sopian Craft kepada ibu bapa untuk tidak menghalang bakat anak-anak meskipun pada awalnya mereka hanya tahu memanjat meja, kerusi serta pintu pagar.

Katanya, kemungkinan besar apabila anak-anak itu meningkat dewasa, kelebihan mereka boleh dijadikan kekuatan dalam acara sukan dunia seperti speed climbing di Olimpik sekali gus memenangi pingat emas.

Perkongsiannya itu bagi mengulas kejayaan atlet Indonesia, Veddriq Leonardo yang mencipta sejarah buat negaranya apabila berjaya meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, dalam acara speed climbing lelaki.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah ada yang berseloroh mengatakan selain membiarkan anak memanjat, ibu bapa juga perlu menyokong anak-anak membuat sepah di rumah kerana itu dikatakan fasa perkembangan otak mereka.

“Yang suka sepah, biarkan juga. Nanti orangnya cerdik. Mana tahu boleh jadi atlet angkat berat pula. Sebab dari kecil suka angkat barang itu barang ini dari rak ke ruang tamu. Bina otot anak-anak dari kecil,” seloroh Qismyy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI