fbpx

Presiden KLFA bukan medan raih populariti – Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK NAZMI (tiga dari kanan) memiliki pengalaman dalam arena bola sepak selaku penaung kelab Setiawangsa Rangers (SRFC).

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bukanlah medan untuk meraih populariti atau keuntungan.

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden KLFA pada kongres yang dijadual berlangsung pada 7 September depan.

Menurut Nik Nazmi, pihaknya sudah mengadakan siri perbincangan dengan tokoh korporat, profesional dan institusi kerajaan untuk pulihkan kembali ‘maruah’ KLFA.

“Kami menawarkan diri untuk bertanding dalam kongres KLFA dan bersedia mendengar pandangan dari kelab gabungan serta penyokong KL City untuk kita sama-sama menjayakan cita-cita ini.

“Kami faham terlalu ramai orang politik datang dan pergi di KLFA tetapi bagi kami, ini bukanlah satu medan populariti atau pun untuk meraih keuntungan.

“Hasrat kami menawarkan diri adalah di atas kesedaran, ini amanah besar untuk kembalikan kepercayaan peminat kepada Kuala Lumpur.

“Bola sepak Kuala Lumpur berhak mendapat sesutau yang lebih baik, sudah sampai masanya kita kembalikan maruah bola sepak ibu kota,” katanya menerusi laman sosial Instagramnya semalam.

Sebagai rekod, jawatan Presiden KLFA ketika ini disandang oleh pemangku, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI