fbpx

Olimpik Paris: Nadeem tenggelamkan pertarungan dua atlet pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADEEM tidak diletakkan sebagai atlet pilihan, namun berjaya melakar kejutan dengan memenangi emas dan memecahkan rekod Olimpik. - AFP

PARIS – Biarpun tidak diletakkan sebagai pencabar pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024, namun atlet Pakistan, Arshad Nadeem membuktikan dia adalah bintang sebenar dalam sukan rejam lembing selepas memenangi pingat emas serta rekod olimpik baharu.

Nadeem melakukan rejaman emas sejauh 92.97 meter (m) sekali gus mengatasi juara bertahan dari India, Neeraj Chopra yang sekadar melakukan 89.45m, manakala Anderson Peters dari Grenada memenangi gangsa (88.54m) ketika kedua-dua mereka dianggap pilihan juara.

“Sewaktu saya melepaskan lembing, saya merasakan ia boleh menjadi rekod Olimpik. Pingat emas ini amat penting untuk Pakistan kerana saya telah bekerja keras selama ini terutama di Olimpik Paris.

“Latihan dan usaha saya selama ini telah membuahkan hasil. Saya gembiira dalam melakukan dengan cukup baik hari ini,” kata Nadeem, yang berusia 27 tahun.

Nadeem, juara Komanwel 2022 yang menduduki tempat kelima di Olimpik Tokyo tiga tahun lalu mengakui persaingannya dengan Chopra seperti perlawanan kriket.

“Tidak dinafikan persaingan dengan Chopra sememangnya wujud. Penonton di Pakistan dan India sangat teruja serta menantikan pertandingan kami.

“Seperti dalam perlawanan kriket, sukan lain, kedua-dua negara mempunyai persaingan, tetapi ini adalah perkara baik untuk generasi muda di kedua-dua negara menonton sukan kami dan mengikuti kami teutama dalam sukan rejam lembing,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI