fbpx

‘Ekor’ Harimau Malaya wajar pertimbang isu boikot – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Harimau Malaya menagih sokongan penyokong dalam usaha menaikkan ranking pasukan pada Pestabola Merdeka, September depan.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil maklum mengenai tindakan beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya yang mahu memboikot penganjuran Pestabola Merdeka, September depan

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman meletakkan harapan agar ‘ekor’ Harimau Malaya selaku pemain ke-12 memikirkan semula tindakan mereka demi kebaikan bola sepak Malaysia.

“FAM menyeru penyokong-penyokong Harimau Malaya yang lain, sama ada secara individu, keluarga atau berkumpulan supaya dapat kekal meneruskan sokongan mereka.

“Kami berharap mana-mana kumpulan penyokong sama-sama hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan dan para pemain Harimau Malaya pada Pestabola Merdeka akan datang.

“Kejohanan ini berlangsung dalam kalendar FIFA dan sudah tentu ia menawarkan pungutan mata untuk kita terus memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Ranking dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kosmo! hari ini melaporkan Ultras Malaya memutuskan untuk ‘kosongkan’ SNBJ sebagai tanda solidariti menuntut perubahan pucuk pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Difahamkan, salah satu faktor utama keputusan dibuat berpunca apabila FAM mudah melepaskan khidmat ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon meskipun masih memiliki kontrak hingga 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI