fbpx

Shitembi bakal permata baharu TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHITEMBI dijangka memperkuatkan bahagian tengah TFC bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

TONGGAK kebangsaan Namibia, Petrus Shitembi dilaporkan sudah sah menyarung jersi Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Beraksi di posisi tengah, Shitembi yang beraksi bersama Sabah sebelum ini menandata­ngani kontrak selama setahun bersama skuad Penyu.

Memiliki 65 kap dan empat gol bersama skuad kebangsaan Namibia, Shitembi turut beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika di Mesir pada tahun lalu.

Pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain percaya corak permainan Shitembi amat bersesuaian untuk memperkuatkan jentera tengah skuad dari Pantai Timur itu.

“Kehadirannya akan membentuk gandingan dengan barisan pemain sedia ada terutama pemain muda dan import lain yang akan tiba.

“Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan rentak TFC untuk menghadapi kejohanan domestik dan Piala AFC musim depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sebelum menyertai Sabah, Shitembi memiliki pengalaman beraksi untuk Luskas Dynamos pada Liga Zambia, Tura Magic FC (Namibia) dan kelab Afrika Selatan, Stellenbosch FC pada 2017.

Dalam pada itu, bek tengah Filipina kelahiran Sepanyol, Cari De Murga pula dijangka mengikut jejak langkah Shitembi, 28, selepas pemain itu dilaporkan sudah menamatkan tempoh kuarantin wajib 10 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI