fbpx

Airul Hissam hilang 4 hari selepas keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Airul Hissam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya yang terletak di C-2-6 Blok C Jalan PJU 6, Persiaran Surian Pelangi, di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, lelaki yang dikenali sebagai Airul Hissam Halim itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 petang.

Ujarnya, pihaknya menerima laporan kehilangan Airul yang berusia 23 tahun itu kira-kira pukul 8.47 malam semalam.

“Pemuda berkenaan berketinggian 185 sentimeter dengan warna kulit putih, hidung lebar, mata sepet dan bibir mulut tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulnizam, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Hafizzul Mohd. Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI