PETALING JAYA – “Cikgu cakap kena bagi (bunga) dekat orang yang kita sayang,” demikian kata seorang kanak-kanak istimewa sambil menghulurkan bunga kepada ibunya.
Video berdurasi 14 saat yang dikongsikan di TikTok @Sophia Hann itu menyentuh hati netizen yang melihat ketulusan hati dan kasih sayang kanak-kanak tersebut kepada ibunya.
“Adik sayang mamalah?,” tanya wanita itu sambil dibalas anggukan oleh kanak-kanak tersebut.
“Terima kasih anak soleh mama,” tulis Sophia Hann pada kaspysen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat kasih sayang anak istimewa itu dan mereka turut mendoakannya.
“Abang ni ‘gengster’ tau, sedih abang dik. Ya Allah semoga adik ni sentiasa dipermudahkan segala urusan,” kata Syufa.
“Comelnya adik, aku nangis sebab bahagia tengok dia,” kata Joharich
“Alaa comelnya sayang, syurga tertinggi buatmu adik, aamin,” kata Hunnyyayers.
Perkongsian video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.8 juta dan menerima 486,300 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
@sopheahann Hari ni kat sekolah buat bouquet😍 Thank you anak soleh Mama🕊️ #AhnafAydeen #GoodAhnaf #ApertHero #ApertSyndrome #TuahAhnaf ♬ You to Me Are Everything – Acoustic – Plamina