fbpx

Orang matang tidak perlu bergaduh untuk nampak menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kematangan dalam emosi adalah apabila individu memilih untuk kekal bertenang dalam menghadapi apa-apa situasi.

Public Health Malaysia (PHM) menyifatkan seseorang yang memilih untuk berdiam bukan bermakna dia tewas atau kalah.

“Anda tidak membalas kejahatan bukan bermakna anda lemah. Pilih untuk ketenangan jiwa kerana anda tahu marah, berdendam, bermusuhan dan bertikam lidah hanya sia-sia dan menghabiskan tenaga,” kata PHM menerusi perkongsian di Facebook rasminya hari ini.

Menurut portal kesihatan itu, tidak semua situasi yang berlaku dalam kehidupan memerlukan kemenangan kerana pergaduhan hanya membuatkan masalah kecil berlarutan hingga ke sesuatu lebih besar.

“Tak perlu menang untuk semua perkara. Tidak perlu komen, ulas jika tidak perlu. Tidak perlu melayan drama dan tidak perlu bertindak balas atas semua perkara,” jelasa PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI