fbpx

Cara semak doktor tulen atau palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Say Shazril berkongsi cara untuk orang ramai menyemak kelayakan seseorang doktor itu untuk merawat pesakit. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Tidak semua individu yang mempunyai gelaran Dr. (doktor) boleh merawat pesakit sama ada di kilinik, hospital atau mana-mana pusat perubatan.

Menjelaskan perkara tersebut, pegawai perubatan, Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say Shazril berkata, cara menyemak kelayakan seseorang doktor itu adalah bergantung kepada Anual Practising Certificate (APC).

“Caranya, taip di carian Google ‘registered doctor’. Tekan ‘search for registered doctor – MeRITS dan masukkan nama doktor yang nak disemak. Nanti dia akan keluar senarai nama doktor berdaftar.

“Kemudian cara nak semak sama ada doktor ini boleh rawat pesakit atau tidak. Tekan pada nama doktor terpilih, di bahagian bawah akan ada APC Year and Number.

“Jika ada maknanya mereka berkelayakan,” katanya dalam satu video perkongsian di Instagram hari ini.

Menurut pempengaruh media sosial itu, cara tersebut hanya boleh dilakukan bagi menyemak doktor perubatan dan tidak melibatkan doktor gigi, haiwan atau pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Kita boleh bahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama adalah doktor berdaftar dan boleh merawat pesakit di klinik, hospital atau mana-mana pusat perubatan.

“Kumpulan kedua adalah mereka yang memiliki ijazah perubatan tapi tiada APC, mungkin sebab tak habis ‘housemanship’ atau tak habis khidmat wajib. Mereka ini boleh guna gelaran doktor tapi tak boleh rawat pesakit. Tetapi boleh sahaja kongsi ilmu kesihatan di media sosial.

“Kumpulan ketiga mereka yang tiada ijazah perubatan. Taip nama, akan keluar ‘no record found’. Boleh laporkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) sekiranya nampak golongan ini pakai ‘lab coat’, pakai ‘scrubs’ dekat klinik atau hospital,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI