fbpx

Warga emas maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas maut selepas kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Tambunan, Kampung Pahu, Tambunan petang semalam. - IHSAN BOMBA

TAMBUNAN – Seorang lelaki warga emas maut berusia 66 tahun selepas kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Tambunan, Kampung Pahu semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, tiga lagi penumpang kereta Perodua Kancil turut cedera.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.43 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Severinus Sixtus Geoffrey bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipercayai terbabas sendiri di bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa dilaporkan terbabit. Dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas dan dua lagi berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI