fbpx

Selepas CrowdStrike, Gmail pula ‘runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 1.8 juta orang di seluruh dunia menggunakan Gmail, tetapi bilangan yang terjejas masih belum diketahui. - Getty Images

WASHINGTON – Orang ramai di seluruh dunia sekali lagi terjejas selepas tidak dapat menghantar e-mel atau mengakses akaun mereka ekoran gangguan terhadap Gmail, lapor saluran berita Mail Online semalam. 

Keruntuhan sistem yang melanda perkhidmatan Google itu, berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan). 

Ia sekali gus menyebabkan pengguna di Amerika Syarikat (AS), Britain, sebahagian Eropah, Australia, Asia dan Amerika Selatan, terjejas.

Lebih 1.8 juta orang di seluruh dunia menggunakan Gmail, tetapi bilangan yang terjejas masih belum diketahui. 

Ramai pengguna berkongsi kekecewaan mereka berhubung gangguan tersebut di platform X, dengan beberapa tangkapan skrin menunjukkan Gmail tidak berfungsi.

Menurut platform yang memantau perkhidmatan dalam talian, DownDetector, pengguna membuat aduan berkaitan isu itu sepanjang hari. 

Kira-kira 82 peratus daripada isu yang dilaporkan kepada DownDetector adalah berkaitan masalah e-mel.

Gmail adalah penyedia e-mel paling popular di seluruh dunia dan digunakan di lebih 170 negara dan wilayah.

Papan pemuka Workspace Google menunjukkan gangguan perkhidmatan untuk ChromeOS, Gmail dan Google Drive.

“Pasukan kejuruteraan kami akan terus menyiasat isu ini. Pengguna yang cuba menghantar e-mel atau menyimpan draf dengan lampiran akan mengalami kegagalan,” kata syarikat itu. 

Syarikat itu juga menyatakan bahawa tiada jalan penyelesaian pada masa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI