fbpx

Lelaki maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang maut digilis sebuah kenderaan yang tidak dipastikan di Jalan Baru, Perai hari ini. Foto IHSAN PEMBACA

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan lain yang tidak dapat dipastikan di Jalan Baru, Perai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Aizudin Abu Bakar, 25, meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah akibat digilis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kemalangan itu membabitkan motosikal mangsa jenis Honda AFS dengan sebuah kenderaan lain yang tidak dipastikan.

“Ketika polis sampai di tempat kejadian, hanya terdapat motosikal mangsa dan mayatnya.

“Terdapat kesan tayar pada badan mangsa dipercayai akibat digilis oleh sebuah kenderaan lain yang masih belum dapat dipastikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, siasatan menemui kesan tayar sejauh kira-kira 24 meter dari tengah jalan menghala ke kedudukan mangsa di sebelah kiri jalan.

“Ia dipercayai milik kenderaan yang menggilis mangsa.

“Polis sedang mengesan kenderaan lain yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI