fbpx

Mengengsot lepas diserang sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanisah (kanan) menguruskan anak sulungnya, Mohd. Azrulnizam yang diserang sawan sejak 10 tahun lalu ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu baru- baru ini. – ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang lelaki lumpuh kedua-dua kaki dan se­belah tangan sehingga terpaksa mengengsot untuk bergerak selepas diserang sawan ketika berada di rumahnya di Kampung Sungai Keladi di sini kira-kira 10 tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan Mohd. Azrulnizam Mohd. Zainol, 46, perlu dijaga rapi oleh ibunya, Hanisah Junoh yang berusia 70 tahun.

Mohd. Azrulnizam berkata, sebelum ini dia sihat se­perti individu lain dengan mencari rezeki sebagai buruh sebelum diserang demam dan sawan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Semasa diserang sawan, saya terjatuh daripada katil dan meng­alami hentakan kuat pada bahagian kepala. Disebabkan itu saya menerima rawatan selama sebulan di hospital.

“Selepas kejadian itu, saya tidak dapat berjalan kerana bahagian kaki dan tangan meng­alami kekejangan otot. Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa mengengsot untuk bergerak di dalam rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Kampung Sungai Keladi baru-baru ini.

Mohd. Azrulnizam memberi­tahu, selain menjalani rawatan di hospital, dia juga berurut bagi memulihkan bahagian kaki dan tangannya, namun masih tiada sebarang perubahan. Ketika ini lelaki itu hanya mampu mengge­rakkan tangan kanannya untuk membuat aktiviti harian seperti makan, minum dan mandi.

“Saya juga perlu memakan ubat sawan dua kali sehari sejak 10 tahun lalu selain mendapat rawatan di hospital setiap enam bulan,” katanya.

Sementara itu, Hanisah memberitahu, keadaan kesihatan anak sulung daripada tujuh beradik itu melayakkan dia me­nerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500.

Wanita itu bertekad untuk terus menjaga Mohd. Azrulnizam memandangkan adik-beradiknya yang lain sudah berkeluarga.

“Bagi menampung perbelanjaan harian kami, saya mencari pucuk paku untuk dijual di Pasar Gok Kapur. Saya sudah biasa berdikari selepas arwah suami meninggal dunia pada tahun sama anak saya jatuh sakit,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Hanisah di talian 013-9513001 atau menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301041000144176.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI