fbpx

‘Kalau hukuman denda, bayar sajalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MINGGU lalu, tular di media sosial mengenai video memaparkan kanak-kanak berusia 12 tahun memandu Perodua Viva bersama dua adiknya.

Walaupun memandu di kawasan perumahan, namun tindakan itu membahayakan bukan sahaja kepada mereka bahkan orang sekeliling.

Menerusi video itu, kereta tersebut dipandu laju ketika melalui bonggol.

Seorang wanita yang merakam video tersebut mendakwa kanak-kanak itu sudah beberapa kali memandu di kawasan tersebut.

Kelmarin, kanak-kanak lelaki itu didakwa di mahkamah dan mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39(5) akta yang sama kerana memandu kereta jenis Perodua Viva pada 29 Julai lalu yang mana ketika itu umurnya adalah 12 tahun tiga bulan.

Untuk rekod, ini bukan kes pertama seumpamanya berlaku di negara kita.

Pada tahun lalu misalnya, negara dikejutkan dengan sebuah video tular memaparkan adik-beradik lelaki berusia tiga dan enam tahun memandu kereta jenis Toyota Vios sebelum terbabas di Langkawi, Kedah.

Persoalannya, di manakah ibu bapa mereka pada ketika itu? Adakah ibu bapa mereka tidak menyedari tindakan anaknya yang masih di bawah umur memandu dan siapa yang mengajar mereka memandu?

Adakah tindakan mahkamah mendenda ibu bapa kanak-kanak yang terlibat kejadian ini tidak setimpal?

Memetik kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kesemua kes yang melibatkan pemandu di bawah umur disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika disabitkan kesalahan, penjaga boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya selain hilang kelayakan memandu atau mendapatkan mana-mana lesen memandu.

Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa maksud pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin boleh menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Aktivis Keselamatan Jalan Raya, Shahrim Tamrin memberitahu, setakat ini tindakan yang dikenakan terhadap golongan ibu bapa kanak-kanak itu adalah berbentuk denda.

“Mungkin masih belum ada ibu atau bapa yang dikenakan hukuman penjara di atas kecuaian masing-masing ataupun hilang kelayakan memandu.

“Kalau setakat hukuman denda, bayar sahajalah waima berapa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Jadi kes sebegini tidak dijadikan sebagai pengajaran ataupun iktibar kepada orang lain, lalu ia berulang lagi pada masa akan datang walaupun ia bersifat jarang-jarang,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut beliau, tindakan lebih berat seperti hukuman penjara wajar diteliti sekali gus dilaksanakan kerajaan agar dapat dijadikan pengajaran oleh semua pihak supaya keselamatan anak dan nyawa orang lain diutamakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI