fbpx

Diculik sebab enggan bayar kerosakan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan menunjukkan barangan yang dirampas pihaknya daripada suspek kes itu.

KUALA LANGAT – Keengganan seorang lelaki membayar ganti rugi kerosakan kenderaan dipinjam menyebabkan dia menempuh episod mencemaskan apabila diculik selama tiga hari pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilarikan beberapa lelaki bersenjatakan batang besi yang datang ke rumahnya dengan sebuah kereta.

“Suspek memanggil mangsa dan adiknya sebelum membawa mereka keluar dari rumah tersebut.

“Beberapa minit kemudian, hanya seorang daripada mereka pulang dan telefon bimbit mangsa pula gagal dihubungi,” katanya hari ini.

Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki termasuk dua warga asing berusia 22 hingga 37 tahun dan menyelamatkan mangsa di Bandar Bukit Raja, Klang pada pukul 2.30 pagi tadi.

Menurut Ahmad Ridhwan, serbuan turut membawa rampasan sebuah kenderaan curi dan beberapa peralatan pecah rumah selain barang hasil kegiatan jenayah itu.

“Semakan mendapati dua suspek tempatan memiliki rekod jenayah. Kita berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah di daerah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI