fbpx

[VIDEO] Kena ‘boo’ peminat, Anang, Ashanty tetap tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anang dan isteri, Ashanty tetap tersenyum walaupun di 'boo' peminat bola sepak gara-gara tidak menyanyikan lagu sesuai ketika pasukan bola sepak Indonesia mencapai kejayaan menentang Filipina.

JAKARTA – Pernah berdepan dengan banyak dugaan dan cercaan termasuk di ‘boo’ peminat bola sepak pasukan Indonesia, pasangan selebriti, Anang dan Ashanty berlapang dada apa sahaja dugaan yang singgah dalam kehidupan mereka.

Anang atau nama sebenarnya, Anang Hermansyah, 55, berkata, masih ada yang suka wallaupun dalam pada ramai yang tidak menyenangi dirinya sebagai seorang anak seni.

“Terima kasih untuk segala sokongan. Yang pasti, saya dan isteri (Ashanty) merancang untuk ke Malaysia tidak lama lagi.

“Insya-Allah bulan Oktober kita akan ke sana (Malaysia),” ujar Anang yang turut ditemani isterinya, Ashanty ketika ditemui Kosmo! Online usai tayangan perdana filem dokumentari, All Access to Rossa 25 Shining Years, baru-baru ini.

Tidak lekang senyuman di bibir ketika diwawancara media Malaysia, Ashanty atau nama lengkapnya, Ashanti Hastuti, 40, pula berkata, dia kini sibuk dengan tanggungjawab membesarkan dua anaknya, Arsy and Arsya.

“Anak-anak masih bersekolah lagi,” kata Ashanty yang cukul dikenali menerusi lagu berjudul Dulu.

Sementara itu, Anang memaklumkan, dia juga sibuk dengan perniagaan sendiri dan kini tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.

“Sebenarnya, masih banyak pekerjaaan yang perlu dilunaskan. Muzik belum sempat dikerjakan.

“Saya sekarang sendiri (tiada terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan). Sekarang sibuk dengan perniagaan sendiri sebelum nanti, insya-Allah boleh keluarga dengan album baharu,” jelas Anang.

Terdahulu sekitar pertengahan Jun lalu, platform aplikasi TikTok dibanjiri video memaparkan pasangan selebriti popular itu di ‘boo’ peminat bola sepak Indonesia.

Insiden itu berlaku ketika mereka mempersembahkan lagu Rindu Ini yang dianggap tidak bersesuaian dengan detik bersejarah apabila Indonesia berjaya mengalahkan Filipina di Stadium Gelora Bung Karno.

Mereka kemudiannya terpaksa berhenti menyanyi dan membuat keputusan untuk keluar dari ruangan stadium selepas di ‘boo’ oleh peminat yang mahukan lagu bersemangat seperti Bagimu Negeri dan Tanah Airku.

Sebelum itu, mereka sempat mempersembahkan satu lagu patriotik berjudul Kebyar Kebyar nyanyian asal penyanyi veteran, Gombloh.

Saat dikejar wartawan tempatan untuk diwawancara, pasangan itu lebih selesa mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen selain pendapat mengenai permainan pasukan negara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI