fbpx

Undang-undang buli siber dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

KUCHING – Beberapa undang-undang bagi menangani buli siber di negara ini dijangka dibentangkan pada persidangan Parlimen Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas bagi tujuan itu sudah ditubuhkan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Aspek hukuman adalah antara yang diberikan tumpuan dan usaha sedang dibuat untuk kita meneliti undang-undang yang perlu dipinda atau diwujudkan sekiranya belum ada.

“Kita harap menjelang sesi sidang Parlimen pada Oktober nanti akan ada beberapa undang-undang yang dapat dibentang, dibahas dan diluluskan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 Zon Sarawak di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, penekanan ke atas aspek hukuman itu dibuat agar tidak berlaku keadaan ada mana-mana pihak yang terlibat dengan buli siber menerima hukuman yang terlalu ringan.

Fahmi menambah, ketika ini, secara jelas Malaysia memerlukan undang-undang yang lebih tegas untuk mengekang kegiatan buli siber.

Justeru, beliau menegaskan undang-undang yang lebih ketat, tegas serta hukuman yang lebih berat diperlukan untuk memastikan pesalah-pesalah dikenakan tindakan yang sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI