fbpx

MAS sambung semula penerbangan ke Dhaka selepas batal dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Malaysia Airlines (MAS) menyambung semula penerbangan ke Dhaka, Bangladesh selepas syarikat itu membatalkan laluan ke destinasi itu selama dua hari sehingga semalam.

Berdasarkan semakan jadual penerbangan pada hari ini, pesawat MAS dari Kuala Lumpur (KUL) telah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Dhaka (DAC) pada pukul 9.27 pagi tadi menerusi penerbangan MH102

Manakala, penerbangan seterusnya dijadualkan pukul 8.30 malam ini menerusi penerbangan MH196.

Pembatalan penerbangan itu sebelum ini dibuat susulan pergolakan awam berterusan di Dhaka, menyebabkan MAS membatalkan penerbangan antara KUL dan DAC pada 6 dan 7 Ogos lalu.

Pihak syarikat penerbangan itu terus memantau keadaan dan akan mengemas kini maklumat mengenai pembatalan penerbangan terus kepada pelanggan yang terjejas.

Semalam, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh bagi mengambil kira situasi yang masih sukar diramalkan.

Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, sedang memantau rapat situasi di negara itu susulan pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa.

Warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, serta sentiasa berwaspada, mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Nasib 171.2 juta rakyat Bangladesh masih samar-samar dan berdepan ketidaktentuan walaupun Sheikh Hasina meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kelmarin selepas beberapa minggu protes antikerajaan berlangsung.

Secara keseluruhan, lebih 400 orang maut ketika protes bertembung dengan tindakan keras oleh tentera kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI