fbpx

Laporan Tesla batal pengeluaran mungkin keputusan komersial – MITI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tesla dilaporkan membatalkan perancangan untuk membuka operasi pengeluaran di Asia Tenggara. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara berkemungkinan merupakan satu keputusan komersial operasinya di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jurucakap MITI berkata, sebarang keputusan oleh gergasi automotif global itu tidak mencerminkan reformasi industri dan penambahbaikan landskap pelaburan yang diusahakan oleh MITI serta agensi di bawahnya sejak Disember 2022.

Tambahnya, laporan itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan ulasan daripada sumber yang tidak dinamakan.

“Pengesahan mengenai laporan itu perlu datang daripada Tesla,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, portal berita online Thailand, The Nation memetik sumber yang enggan dikenali dalam kerajaan melaporkan Tesla membatalkan rancangan untuk membangunkan kilang sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Katanya, perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand, malah di peringkat global.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada Tesla berhubung isu itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Capital Dynamics, Tan Teng Boo berkata, Tesla selama ini tidak pernah melaporkan hasrat untuk membuka kilang di negara ini, sebaliknya hanya membuka pusat jualan.

“Pun begitu, keputusan berkenaan mungkin sekali disebabkan risiko akan berlakunya kemelesetan di AS, selain pertumbuhan jualan kenderaan elektrik (EV) yang di bawah jangkaan.

“AS dilihat tidak serius dalam menyokong industri EV apabila hanya mempunyai lebih 100,000 stesen pengecasan awam berbanding China yang memiliki lebih tiga juta stesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI