fbpx

Pelancong terharu pelayan tulis nama ‘Miss Cantik’ pada resit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Montana menerima resit daripada pelayan restoran di Bali. - TikTok

CANBERRA  – Seorang pelancong Australia meluahkan rasa terharu selepas menerima resit tempahan makanan bersama catatan bertulis, ‘Miss Cantik’ ketika berkunjung ke Pulau Bali, Indonesia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wanita dikenali sebagai Montana itu mengunjungi sebuah restoran untuk membeli makanan apabila dia menyedari terdapat kata-kata pujian itu pada resit yang diberikan oleh pelayan.

“Saya hampir menangis.

“Saya pasti mereka tidak menjangkakan saya memahami maksud perkataan ini,” katanya.

Menurut Montana, pada kebiasaannya, pelayan restoran akan meletakkan nama pelanggan, namun tidak bagi  dirinya.

“Saya ingatkan mereka mengingati nama saya, namun tidak. Mereka meletakkan kata-kata ini  pada resit saya,” jelasnya.

Montana memuat naik gambar resit tersebut di media sosial dan ia menerima pelbagai komen netizen.

“Saya sangkakan ia adalah kata-kata biadab. Namun, saya terlupa bahawa orang Indonesia terutama manusia di Bali, amat baik sekali,” kata seorang netizen.

“Saya menerima resit bertulis ‘ganteng’ (bermaksud kacak),” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI