fbpx

PAU 2024: Jemputan pemimpin parti Kerajaan Perpaduan telah dibincang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Peluncuran Sistem Ciri-ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMs) pada Simposium Perancangan dan Pembangunan Desa Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di sini, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – UMNO belum lagi memuktamadkan senarai jemputan bagi pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) bermula 21 Ogos ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun, jemputan kepada pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan itu telah dibincangkan.

“Tahun lalu, memang kita jemput pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan lihat kelapangan pemimpin-pemimpin berkenaan untuk menghadiri PAU kita kali ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Simposium Luar Bandar Malaysia di sini, hari ini.

PAU 2024 akan bermula dari 21 hingga 24 Ogos ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

PAU 2023 tahun lalu mencatat sejarah tersendiri apabila dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI