fbpx

Cadang adakan subjek SDG di sekolah – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zaliha (kiri) mengadakan lawatan ke projek bangunan SDG Centre di Jalan Raja, Pusat Bandar Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Prinsip Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) harus disepadukan melalui kurikulum sekolah dengan memperkenalkan subjek SDG agar dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Cadangan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa dalam memastikan sasaran SDG 2030 negara tercapai.

Kata Dr. Zaliha, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan subjek SDG ini boleh diajar di sekolah seluruh negara.

“Setakat ini silibus SDG memang sudah ada di sekolah-sekolah, namun ia dalam skala kecil, jadi kita akan berbincang terus dengan Menteri KPM.

“Kita juga boleh bekerjasama dengan KPM untuk menjadikan subjek SDG secara formal atau ‘informal’ di mana akhirnya anak-anak boleh mengetahui kefahaman dan pendidikan kelestarian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Zaliha mengadalan lawatan turun padang ke Bangunan Kuala Lumpur City Gallery (Bangunan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur) yang dicadangkan sebagai lokasi baharu bagi SDG Centre Kuala Lumpur dalam usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melebarkan lagi fungsi dan ruang SDG Centre Kuala Lumpur sedia ada.

Sementara itu, Dr. Zaliha memaklumkan, SDG Centre Kuala Lumpur bukan sahaja yang pertama di Malaysia malah pertama di Asia Pasifik dan mendapat pengiktirafan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat).

Menurutnya, pelebaran fungsi dan ruang SDG Centre Kuala Lumpur ini adalah sebagai salah satu inisiatif DBKL untuk melengkapkan ekosistem SDG Centre yang tidak hanya tertumpu kepada ruang pameran sahaja tetapi turut mempunyai pelbagai ruang yang menyokong usaha merakyatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Beliau berkata, pembangunan SDG Centre baharu itu dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat tahun dan pihaknya akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk memastikan proses pemuliharaan bangunan warisan di situ dapat dikekalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI