fbpx

Ada barang hilang di rumah bekas suami influencer Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pempengaruh media sosial (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk prosiding reman pada Selasa lalu.

KOTA BHARU – Polis mengesahkan terdapat beberapa barangan yang hilang di rumah bekas suami pempengaruh media sosial yang dicekup selepas dipercayai memecah masuk kediaman lelaki itu dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu mengaku dia melakukan perbuatan tersebut.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Siasatan mendapati ada barang yang hilang di dalam rumah bekas suami suspek. Wanita itu masih direman. Apabila kertas siasatan lengkap, kita akan serah kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Balai Polis Kok Lanas, di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang pempengaruh direman enam hari bermula Selasa lalu selepas dipercayai memecah masuk rumah bekas suaminya di Desa Rahmat di sini.

Polis menerima laporan daripada bekas madu wanita itu pada pukul 9.47 malam, Ahad lalu mengenai kejadian pecah rumah suaminya yang didakwa berlaku pada 22 Julai lepas.

Pengadu mendapati pintu gelongsor rumahnya terbuka sebelum mendapati beberapa barangan di dalamnya hilang.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI