fbpx

Pelajar miskin sambung belajar di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi (kiri) menyampaikan surat tawaran Mara kepada Muhammad Hazim untuk melanjutkan pelajaran di Perancis petang kelmarin

PETALING JAYA – Pelajar daripada keluarga miskin, Muhammad Hazim Abd. Razak menerima surat tawaran daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyambung pengajian ke Perancis.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menyampaikan sendiri surat tawaran itu kepada Muhammad Hazim di Pengkalan Hulu Gerik, Perak petang kelmarin.

“Pelajar miskin, yatim luar bandar Muhammad Hazim mendapat ‘straight A’s’ dalam (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia 2023.

“Kisah adik Muhammad Hazim ini benar-benar menggamit perasaan saya kerana anak yatim yang kehilangan kasih sayang ibunya seawal usia 11 tahun yang meninggal kerana sakit, dipelihara ayahnya yang bekerja sebagai bekas staf Felcra namun menyara anak-anak yang ramai lapan orang semuanya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, tawaran menyambung pelajaran kepada Muhammad Hazim tersebut juga merupakan janji beliau kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban Pengkalan Hulu tahun lalu.

Menurutnya, beliau ketika merasmikan majlis graduasi tamat persekolahan itu berjanji akan berikhtiar menghantar pelajar cemerlang miskin luar bandar dari sekolah tersebut jika berjaya dapat semua A dalam SPM.

“Maka petang kelmarin saya tunaikan janji menghantar sendiri surat tawaran ke Perancis dengan harapan tinggi agar kisah adik Hazim ini boleh memecah stigma anak-anak yatim miskin luar bandar bahawa hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja mampu merubah kehidupan keluarga dan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI