fbpx

Jemaah masjid beramai-ramai pakai kopiah merah putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan jemaah lelaki dan wanita mengenakan topi berwarna merah dan putih di dalam sebuah masjid. - Instagram

JAKARTA – Sebilangan jemaah di Masjid Agung Ciamis, Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memakai topi berwarna merah putih secara serentak, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @irmamomsaqil, jemaah wanita dilihat sedang berzikir sambil memakai topi tersebut di kepala mereka. 

Malah, ada yang memakai telekung atau tudung berwarna merah. 

Bukan itu sahaja, jemaah lelaki juga dilihat khusyuk berzikir sambil mengenakan kopiah dengan warna yang sama. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 5.4 juta tontonan serta 54,800 tanda suka. 

“Kenapa mirip dengan Santa Claus?,” kata netizen.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI