PETALING JAYA – Rakyat Malaysia sekali lagi disajikan dengan aksi mendebarkan atlet negara di pentas Sukan Olimpik Paris sehingga ramai yang tidak senang duduk.
Pada aksi angkat berat kategori 61 kilogram sebentar tadi, wakil negara Mohamad Aniq Kasdan hampir melakar sejarah apabila hanya dipisahkan dengan jurang satu kilogram daripada pemenang pingat gangsa.
Aniq sekadar menduduki tempat keempat, iaitu pencapaian terbaik yang pernah diraih atlet angkat berat di pentas Olimpik.
Bagaimanapun, semangat luar biasa dipamerkan atlet berusia 22 tahun itu menerima pujian rakyat Malaysia sehingga namanya menjadi trending.di aplikasi X.
“Aniq tenang je kita yang tengok gelabah jerit-jerit. Terima kasih Aniq. Malaysia luv u,” tulis jimajemi.
Caramey pula memuji semangat Aniq yang dianggap sebagai atlet masa depan.
“Dibezakan 1kg daripada podium. Kita yang tengok ni pun sedih, apa lagi Aniq.
“Dia masih muda dan kita dapat rasakan Aniq akan ada rezeki pada Olimpik 2028 di Los Angeles,” ciapnya.
“Sayangnya Aniq. Takpalah, rezeki dia ada kat tempat lain. Aniq terima kasih sebab wakil Malaysia.
“Tengok dia berjuang kat Sukan Olimpik pun da okay da. Takpa pengalaman untuk dia,” kongsi Esmila Saim.-KOSMO! ONLINE