fbpx

Hujan lebat di Utara, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri malam ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

Antara kawasan yang terlibat ialah Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang di Perak.

Bagi kawasan Pantai Timur, hujan lebat diramalkan berlaku di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Selain itu, di Terengganu, ribut petir dijangka hanya tertumpu di Dungun manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca sama turut diramalkan membadai Kuching, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Miri di Sarawak.

“Bagi Sabah pula, cuaca buruk dilaporkan berlaku di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI