fbpx

Paus buat ‘penampilan khas’ Olimpik Paris 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor paus dirakam muncul semasa separuh akhir acara luncur air di Tahiti pada 5 Ogos lalu. - AFP

PAPEETE – Seekor ikan paus membuat ‘penampilan istimewa’ selepas muncul secara tiba-tiba dalam acara luncur air Sukan Olimpik yang berlangsung di Tahiti, lapor laman berita New York Post. 

Mamalia itu melompat ke udara semasa pusingan separuh akhir antara peluncur Brazil, Tatiana Weston-Webb dan Brisa Hennessy dari Costa Rica. 

Kemunculan itu sekali gus memberikan penonton dan jurugambar detik bersejarah dalam Sukan Olimpik Paris 2024. 

Tahiti, di mana acara luncur air berlangsung, menjadi lokasi paus berkumpul semasa musim mengawan, melahirkan anak atau migrasi. 

Pulau Polinesia Perancis itu mempunyai beberapa zon maritim yang dilindungi dengan beberapa pemimpin penduduk pribuminya menandatangani perjanjian yang mengiktiraf paus sebagai ‘individu yang sah’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI