fbpx

Lebih 120 maut akibat strok haba di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seorang lelaki menggunakan payung ketika cuaca panas di Tokyo. - Foto AFP

TOKYO – Lebih 120 orang maut akibat strok haba di kawasan metropolitan Tokyo, Jepun sepanjang Julai lalu, lapor laman berita Arab News semalam.

Menurut pihak berkuasa negara itu, ia berlaku apabila suhu purata di Jepun mencecah paras tertinggi dan amaran haba berkuat kuasa hampir sepanjang bulan.

Menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan Tokyo, sebahagian besar daripada 123 orang yang meninggal dunia itu ialah warga emas. 

Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya dua yang ditemui mati di dalam rumah dan kebanyakannya tidak menggunakan penyaman udara walaupun telah dipasang di kediaman masing-masing.

Pihak berkuasa kesihatan Jepun dan peramal cuaca berulang kali menasihatkan orang ramai untuk berada di dalam rumah, minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan menggunakan penyaman udara.

Ia merupakan jumlah kematian akibat strok haba terbesar di 23 daerah metropolitan Tokyo pada Julai lalu sejak 127 kematian direkodkan semasa gelombang haba pada 2018, kata pejabat pemeriksa perubatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI